Selasa, 16 Oktober 2012

Persediaan Sebelum Melabur Dalam Pasaran Saham

Pendahuluan

Sebelum melabur di pasaran saham, terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh pelabur. Perkara paling utama yang harus diberi penekanan adalah mengurus kewangan. Bagaimana kita boleh memasuki pasaran saham sedangkan asas kewangan kita tidak diuruskan dengan betul dan sistematik? Sebelum memasuki pasaran saham, perkara-perkara ini harus disediakan sebagai persediaan. Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Menyediakan Penyata Kewangan Individu

Penyata kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu Penyata Aset dan Liabiliti & Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
  • Penyata Aset & Liabiliti dapat menjejak kedudukan kewangan kita samada nilai aset bersih akan meningkat atau menurun.
  • Penyata Pendapatan & Perbelanjaan dapat menjejak aliran wang dan seterusnya akan memberi kesan kepada Penyata Aset & Liabiliti.
Secara asasnya, ketelitian ketika membuat penyata-penyata tersebut tidaklah terlalu penting. Anggaran kasar bagi sesetengah perangkaan adalah memadai. Yang penting kita mendapat gambaran kasar kedudukan kewangan kita. Kedudukan kewangan yang positif memggambarkan keadaan kewangan kita yang sihat.

2. Penyediaan Dana Kecemasan

Tak kira apa sekali pelaburan yang ingin kita ceburi, Dana Kecemasan berupa tabungan yang menyamai 3 - 6 bulan gaji harus disimpan di tempat-tempat yang mudah untuk ditunaikan seperti bank, Tabung Haji dan lain-lain sekiranya berlaku sebarang perkara di luar jangkaan yang memerlukan penggunaan wang dengan segera. Oleh itu, rumah bukanlah merupakan Dana Kecemasan yang baik kerana sukar untuk ditunaikan. Begitu juga dengan caruman KWSP.

3. Ilmu Pelaburan

Pelaburan saham mempunyai risiko kehilangan wang seandainya kita tidak melengkapi diri dengan ilmu yang secukupnya. Oleh itu, ilmu pelaburan harus dipelajari sebelum terjun ke dalam sebarang bentuk pelaburan. pengurusan ilmu yang baik akan meminimumkan risiko bagi memaksimumkan pulangan. Sebenarnya, pelaburan saham tidak berisiko tinggi sekiranya kita dapat meminimumkan risiko dengan latihan-latihan yang berterusan dan mencari ilmu sepanjang masa.




2 ulasan:

  1. Buy Toto Gold, Silver & Stainless Steel at Toto Gold
    Toto Gold, Silver & Stainless Steel offers titanium pan a does titanium have nickel in it quality titanium septum jewelry stainless steel double edge, stainless steel core, and platinum oxide finish titanium engagement rings to fit both metal and titanium alloy stainless steel.

    BalasPadam
  2. we are best financial advisors in malaysia, our provided signals are more accurate than other advisors

    BalasPadam