Rabu, 17 Oktober 2012

Pembukaan Akaun CDS

Setelah segala persediaan sebelum melakukan pelaburan dipenuhi, kini tibalah masa untuk membuka akaun CDS. Sesiapa yang ingin melakukan urusniaga saham di pasaran saham Bursa Malaysia, mesti mempunyai akaun CDS. Tanpa akaun CDS, tidak mungkin kita dapat berurusniaga saham di pasaran saham. Apa itu akaun CDS? Apa guna akaun CDS? CDS adalah singkatan kepada Central Depository System (CDS) yang merupakan akaun elektronik yang dikawal selia oleh Malaysian Central Depository (MCD). Akaun CDS adalah perantara antara pemilik akaun dan Bursa Malaysia. CDS ini bertindak sebagai wakil kepada pemilik saham yang dimiliki yang sedang didagangkan di Bursa Malaysia. Akaun ini diperlukan bagi segala urusan transaksi jual beli saham serta rekod pergerakan saham.
.
Bagaimana untuk membuka akaun CDS ini? Untuk membuka akaun CDS, kita perlu pergi ke syarikat broker saham yang berdaftar dengan Bursa Malaysia seperti Maybank Equity Investment, OSK Investment, AM Investment Bank, CIMB Investment, Jupiter dan lain-lain lagi. Pemilihan Syarikat Broker ini bergantung kepada lokasi, kesesuaian, kadar yuran broker dan lain-lain. Perbezaan kadar yuran broker akan disiarkan dalam artikel seterusnya. Untuk mereka yang memilih untuk membuka akaun CDS di Maybank Equity Investment, di sini disenaraikan lokasi Maybank Equity Investment Centre (EIC) di Perak: 

Sitiawan EIC



No 5, Persiaran PM 2/2,
Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2,
32040 Seri Manjung,
Perak


Jalan Sultan Idris Shah Kiosk (Unmanned)

Branch
Ground Floor, 194 - 206,
Jalan Sultan Idris,
30000 Ipoh,
Perak

Tanjung Malim EIC

Branch
1st Floor,
Jalan Chong Ah Peng,
35900 Tanjung Malim,
Perak

Taiping EIC

Branch
234 - 237,
Jalan Chung Thye Phin,
34000 Taiping,
Perak

Greentown, Ipoh EIC

Branch
No. 2, 4 & 6, 2nd Floor,
Persiaran Greentown 1,
Pusat Perdagangan Greentown,
30450 Ipoh,
Perak



Terdapat dua akaun yang disediakan untuk membuka akaun CDS iaitu sama ada secara individu ataupun syarikat. Bagi pelabur individu, kita perlu menghadirkan diri ke syarikat broker saham pilihan bagi:
  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan.
  • Untuk Warganegara Malaysia, dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

Jangan risau sekiranya kita tidak tahu mengisi borang kerana terdapat staf di situ yang bersedia untuk membantu. Selepas semua dokumen terbabit dilengkap dan disahkan, syarikat broker saham akan membantu untuk membuka akaun CDS. Kos untuk membuka akaun CDS RM10.  Proses untuk mendapatkan akaun CDS ini mengambil masa lebih kurang 5-7 hari bekerja

Setelah mendapat nombor akaun CDS, langkah seterusnya adalah meminta syarikat broker memautkan akaun CDS tersebut kepada platform online bagi mereka yang berniat untuk berurusniaga secara online. Setelah segalanya selesai, maka bolehlah kita mula berurusniaga saham di Bursa Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan